Saksikan 10 Minit Pertama Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Secara Eksklusif di Jomovie Malam Ini!

Kamaruddin Razal
Mac 18, 2019 10:00 MYT
Bagi peminat watak animasi popular Upin dan Ipin, kemunculan filem terbaharu, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal sangat dinantikan.
Siri kartun popular ini mula dibawa ke layar perak menerusi Geng Pengembaraan Bermula pada tahun 2009.
Kini, peminat akan dapat menyaksikan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mac ini.
Filem ini mengisahkan mengenai bagaimana Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka yang terjumpa dengan keris mistik ketika berada di dalam bilik stor Tok Dalang.
Keris tersebut terus membawa mereka ke sebuah kerajaan lama yang bernama Inderaloka. Semasa mencari jalan untuk pulang semula ke Kampung Durian Runtuh, mereka membantu memulihkan kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya.
Pengembaraan itu membawa mereka bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Belalang.
Secara eksklusif, saksikan 10 minit pertama filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal hanya di Jomovie!
Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton rancangan Jomovie pada jam 9 malam ini di Astro Citra dan Citra HD.
Saksikan juga ulangan Jomovie pada Khamis ini, jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD!
#Jomovie