Semua pelanggan Astro dapat menyaksikan Anugerah Emmy ke-72 secara langsung pada 21 September ini.

Anugerah berprestij yang meraikan industri program televisyen ini akan ditayangkan pada 21 September 2020, jam 8.05 pagi di FOXLife (saluran 703 HD dan saluran 723).

Menariknya, anda juga dapat menyaksikan Countdown to the Emmys pada jam 7.35 pagi di saluran yang sama, sebelum anugerah itu bermula.

Anda juga boleh strim encore Anugerah Emmy pada hari yang sama pada jam 8.05 malam dan 12.50 tengahari pada 26 September.

Kedua-dua Countdown to the Emmys dan siaran anugerah ini juga tersedia untuk ditonton menerusi penstriman di Astro GO dan on demand bermula 22 September 2020.

Para pelanggan Astro juga berpeluang menonton program yang dicalonkan dalam Anugerah Emmy ke-72 di TV, Astro GO dan on demand seperti Watchmen (26 pencalonan), Succession S1 & S2 yang (18 pencalonan), Westworld S1-S3 (11 pencalonan), The Handmaid's Tale S1-S3 (10 pencalonan) dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

BACA : Tonton Program Pencalonan Anugerah Emmy Ke-72 Di Platform VOD & Astro GO!