Berita
Saksikan Curi Curi Cinta Bersama Good Virtues Co.!
Di kala kesibukan menjalani kehidupan seharian, sudah semestinya anda mahu sesuatu yang mudah dan ringkas. Good Virtues Co. pastinya pilihan yang tepat untuk anda merasai kesempurnaan kecantikan luar dan dalam.
Good Virtues Co. memberi kepastian untuk menghasilkan produk halal yang menepati kualiti dan standard keselamatan pengguna, kesemua bahan yang digunakan juga mesra alam semulajadi. Bukan itu sahaja, Good Virtues Co. turut menawarkan penjagaan lengkap dari rambut hinggalah penjagaan kulit , wajah dan tubuh.
Good Virtues Co. merupakan produk halal yang mengandungi Habbatus sauda Organik
yang kaya dengan nutrien semula jadi dan mineral. Malah, Good Virtues Co. juga terbukti bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, Parabens dan pewarna tiruan serta 100% tanpa ekstrak haiwan.
Kini, drama terbaru Curi Curi Cinta diserikan oleh Good Virtues Co., produk halal kegemaran ramai yang berasaskan minyak organik Habbatus Sauda yang terbukti berkesan mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit serta kesihatan rambut.
Semua rangkaian produk ini boleh didapati di Watsons, Tesco, Giants dan pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia, atau pembelian secara online boleh dibuat menerusi http://goodvirtuesco.com.
Curi-Curi Cinta dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Intan (watak dipegang oleh Zahirah) yang malu dengan keadaan keluarganya yang miskin dan ibunya yang buta. Intan terlalu mengutamakan wang ringgit dan mahukan kekayaan Daniel (Aiman Hakim), dia bejaya memerangkap Daniel untuk berkahwin dengannya. Namun, rumah tangga mereka tidak bahagia dan tidak lama selepas itu, hati Intan telah mati untuk suaminya walupun cinta sudah berputik antara mereka.
Jangan lupa untuk saksikannya pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video