,
Hiburan

Saksikan Filem Bollywood Hebat Lakonan Salman Khan, Akshay Kumar & Abhishek Bachchan Di Bollyone HD April Ini!

Kamaruddin Razal
03/04/2019
12:17 MYT
Berita baik untuk semua peminat filem Bollywood! Anda boleh menyaksikan filem-filem Bollywood terbaik yang bakal disediakan oleh Astro di saluran 251 BollyOne HD pada setiap hari Khamis, jam 9 malam!
Filem-filem Bollywood terbaik seperti Race 3, Gold : The Dream That United Our Nation, Loveyatri dan Manmarziyaan yang dilakonkan oleh barisan pelakon Bollywood popular seperti Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Akshay Kumar, Sonakshi Sinha dan ramai lagi, bakal menghiburkan penonton sepanjang bulan April ini.
1. Race 3 - 4 April 2019, 9 malam
Race 3 merupakan filem aksi Bollywood yang dibintangi Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Daisy Shah dan Sharath Saxena. Ia mengisahkan tentang seorang pemilik tanah yang menjadi sasaran sebuah kumpulan samseng. Filem ini berada di tangga ke-4 dan merupakan filem pecah panggung buat Salman Khan selepas kejayaan filem-filem seperti Prem Ratan Dhan Payo, Tiger Zinda Hai dan Sultan.
2. Gold : The Dream That United Our Nation - 11 April 2019, 9 malam
Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar iaitu kemenangan pingat emas pertama oleh negara India dalam Sukan Olimpik di London pada tahun 1948. Seorang jurulatih hoki (Akshay Kumar) melatih sebuah pasukan untuk mewakili India dalam pertandingan hoki di Olimpik. Filem ini dibintangi oleh Akshay Kumar, Mouni Roy, Kunal Kapoor, Vineet Kumar Singh, dan Amit Sadh.
3. Loveyatri - 18 April 2019, 9 malam
Loveyatri merupakan filem romantik yang diarahkan oleh pengarah Abhiraj Minawala mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan antara Sushrut (Aayush Sharma) and Michelle (Warina Hussain). Apabila Michelle pulang ke rumahnya yang terletak di United Kingdom, Sushrut sanggup berhempas-pulas ke United Kingdom untuk bertemu Michelle dan menenangi hatinya.
4. Manmarziyaan - 25 April 2019, 9 malam
Rumi yang sedang bercinta dengan Vicky terpaksa berkahwin dengan Robbie kerana Vicky tidak berani untuk bertemu keluarga Rumi. Selepas beberapa tahun, Vicky muncul semula dalam hidup Rumi dan menjelaskan Robbie perkara yang sebenar. Setelah itu, Robbie memberi pilihan kepada Rumi untuk membuat pilihan sama ada memilih dirinya ataupun Vicky. Filem ini dibintangi oleh barisan perlakon popular, iaitu Abhishek Bachchan, Taapsee Pannu and Vicky Kaushal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara

gempak
20/09/2024
16:00 MYT
Seorang wanita yang suaminya maut di dalam penjara sama Sean Diddy Combs kini ‘disumbat’ memberi amaran pesohor seni itu mungkin mati di sana.
Berita

15,000 Peserta Meriahkan Keretapi Sarong 2024, Tahun Depan Akan Lebih Gah

gempak
20/09/2024
15:55 MYT
Menurut Pengarah Program Keretapi Sarong 2024 (KS2024), Shamsul Bahrin Zainuzzaman sambutan yang diterima tahun ini sangat memberangsangkan sehingga ada pihak yang tidak sabar untuk menanti penganjuran seterusnya pada tahun hadapan.
Viral

Zoo Di China Buat Hal Lagi, Warnakan Anjing Menyerupai Panda

gempak
20/09/2024
15:23 MYT
Sebuah zoo di China akhirnya mengakui bahawa panda yang berada di situ sebenarnya adalah seekor anjing.
Berita

21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

gempak
20/09/2024
14:30 MYT
Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu, pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Zulin Aziz Kembali Ke Pentas Lawak Selepas ‘Termakan’ Pujukan Seorang Artis! - “Ikutkan, Saya Memang Tak Nak Tapi…”

gempak
20/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia pada mulanya tidak mahu menyertai pentas Muzikal Lawak Supertar 4 (MLS4) namun akhirnya berubah fikiran selepas termakan pujukan penyampai radio, Sharifah Shahirah.