Laman Utama

Saksikan Gandingan Serasi MK K-Clique & Azira Shafinaz Dalam Bunga Dan Kayu Pada Syawal Ini Di Astro First!

Izwan Isa
20/04/2022
14:50 MYT
Nampaknya, bidang lakonan semakin sinonim dengan dua penyanyi popular ini, MK K-Clique dan Azira Shafinaz daripada kumpulan De Fam. Hal ini kerana, mereka bakal muncul menerusi sebuah filem komedi romantik berjudul Bunga Dan Kayu.
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, dia sangat teruja kerana filem yang turut membariskan ramai artis popular itu bakal menemui peminat perfileman tempatan tidak lama lagi.
“Pertama sekali, saya mewakili Infinitus Gold Sdn Bhd, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro First kerana memberi peluang kepada kami untuk menayangkan Bunga Dan Kayu di platform Astro First.
“Saya amat teruja kerana ini merupakan filem kedua kami hasilkan selepas Saya Jual Ya Bang!. Dalam pada itu, kami juga gembira apabila saudara Waan Hafiz bersetuju untuk mengarahkan filem ini. Pengalaman beliau menghasilkan karya-karya genre komedi dan penuh variasi ternyata berhasil dengan Bunga dan Kayu.
“Selain dari itu, pemilihan kedua-dua tonggak utama, MK K-Clique dan Azira Shafinaz ternyata sangat serasi, seterusnya memudahkan lagi perjalanan penggambaran filem ini. Zalif Sidek, Yazmin Aziz, Elly Ariffin, Azad Jazmin, Kazar dan setiap mereka yang terlibat baik di hadapan mahupun di belakang kamera telah memberikan persembahan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata: “Astro Shaw pernah menjalinkan kerjasama baik bersama Penerbit Infinitus Gold sebelum ini menerusi filem box office Hantu Kak Limah, Sangkar dan akan datang Tablis Iblis.
“Kami rasa amat berbesar hati apabila Infinitus Gold sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pihak Astro untuk mempersembahkan filem terbarunya di platform Astro First. Filem Bunga Dan Kayu mengetengahkan elemen romantik, komedi dan kekeluargaan.
“Jadi melalui jalan ceritanya yang santai dan menghiburkan, kami yakin ia sesuai ditonton seisi keluarga, lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri yang di mana semua ahli keluarga berkumpul. Kami berharap agar filem ini mampu mengisi Hari Lebaran penonton dengan senyuman,” kongsinya.
Bunga Dan Kayu dipadatkan lagi dengan elemen cinta. Kisah bermula apabila Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…

gempak
22/05/2022
06:50 MYT
Guna pengalaman lama dalam filem
Laman Utama

“Dia Pemalu Betul!” - Azira Shafinaz Kongsi Pengalaman Bergandingan Dengan MK K-Clique Buat Pertama Kali

gempak
14/05/2022
11:50 MYT
Azira kongsi pengalaman berlakon buat pertama kali dengan MK
Laman Utama

"Tak Pernah Lupa Asal Usul" -Tak Sangka! MK K-Clique Pernah Hidup Susah? Kerja Tarik...

gempak
12/05/2022
14:50 MYT
MK kongsi pengalaman pernah bekerja sebagai penarik kereta
Laman Utama

“Kalau Jumpa Orang Yang Berpengalaman, Automatik Jadi Segan” - MK K-Clique

gempak
08/05/2022
11:50 MYT
MK akui malu-malu ketika jumpa orang yang baru dikenali
Laman Utama

Pertama Kali Pegang Watak Komedi Romantik, MK K-Clique; "Sebelum Terima Job Ni Saya Tengok Dulu Siapa ..."

gempak
07/05/2022
09:50 MYT
MK teruja libatkan diri dalam Bunga Dan Kayu