Saksikan Seandainya Kau Ada Di Pawagam Rumah Anda Beberapa Hari Sahaja Lagi!
Asraf Aided
26/04/2021 07:20 MYT
26/04/2021 07:20 MYT
Seandainya Kau Ada merupakan filem romantik islamik terbaru yang dibawakan oleh Astro Shaw terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 29 April 2021.
Menariknya, filem adaptasi daripada novel popular, Seandainya Kau Ada, karya Kamsiah Abu ini telah menjalani sesi penggambaran di Tanah Suci Mekah, Madinah, Uzbekistan, Kuala Lumpur dan Perlis.
Babak-babak umrah di Kota Mekah dan Madinah pasti mampu menyuntik rasa rindu dan keinginan untuk pergi ke sana. Malah, terdapat satu babak menyaksikan lakonan Fendy Bakry yang telah mencukur seluruh kepalanya selepas tawaf dan sa’ie.
Selain Fendy, karya yang sarat dengan momen penuh emosi ini turut dibintangi gandingan mantap oleh pelakon-pelakon terkenal seperti, Raysha Rizrose, Ruhanies, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Haris Ismail, Daler Yusuf, Azhan Rani, Ali Reza, Fendi Seman, Fauziah Nawi, Scha Ellinnea dan Fahrin Ahmad.
Antara kekuatan lain bagi filem ini adalah dialognya yang tersusun dan puitis serta ditambah pula dengan elemen cinta, nilai pengorbanan dan kemaafan. Uniknya, setiap karakter mempunyai pengorbanan masing-masing demi sebuah cinta.
Seperti watak Fazlur (Fendy Bakry) meninggalkan cinta pertamanya kerana dosa lalu, Syahirah (Raysha Rizrose) membawa diri ke negara orang dan terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang, Rozita (Ruhainies) sanggup mengetepikan haknya sebagai seorang isteri demi kebahagian orang lain, Iskandar (Aidit Noh) bersabar dengan setiap kedinginan wanita yang dicintainya.
Setiap babak dalam filem ini turut diiringi dengan lagu-lagu yang mampu membuai emosi penonton. Lagu tema utama adalah bertajuk Kuasa Cinta nyanyian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Antara lagu lain seperti Perpisahan nyanyian Khai Bahar, Cinta Sejati nyanyian Raysha Rizrose dan Empati, nyanyian, Jasper Supayah.
Menurut Pengarah Seandainya Kau Ada, Haji Md Fadzil Teh atau lebih mesra dengan panggilan Haji Zil, penghasilan filem ternyata memberi cabaran berbeza untuk pihaknya yang sudah biasa menghasilkan ratusan drama sebelum ini.
“Produksi Zeel Production telah menghasilkan ratusan buah drama dan telefilem sejak tahun 1995. Jadi tiba masanya untuk produksi ini mengambil langkah seterusnya dengan menghasilkan filem pula.
"Ternyata menghasilkan filem mempunyai cabaran yang berbeza. Alhamdulillah, untuk filem pertama kami ini akhirnya akan menemui penonton 29 April ini.
"Filem ini mempersembahkan sinematografi menarik dan penonton dapat lihat keindahan negeri Perlis serta babak-babak di luar negara seperti di Kota Mekah, Madinah dan Uzbekistan.
"Saya harap filem pertama ini mampu menambat hati penonton menerusi jalan cerita, lakonan mantap oleh barisan pelakon, sinematografinya serta lagu latarnya," katanya.
Manakala Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ini merupakan pertama kali Astro Shaw bekerjasama dengan salah satu produksi yang berdiri lebih dua dekad dalam industri itu.
Sebagai penerbit, pihak beliau tentunya rasa berbesar hati dan teruja.
“Ini adalah kali pertama Astro Shaw dapat bekerjasama dengan salah satu produksi yang telah lebih dua dekad bertapak dalam industri seni tanah air iaitu Zeel Production.
"Astro Shaw sebagai penerbit filem tentunya rasa berbesar hati dan teruja untuk berkongsi pendapat pada bahagian akhir penyuntingan dan membawa filem ini ke platform Astro dengan menyediakan langkah pemasaran yang strategik buat filem pertama terbitan Zeel Production tersebut.
"Kami harap menerusi kerjasama ini, ia akan menjadi permulaan yang baik untuk kolaborasi lain di antara Astro Shaw dan Zeel Production di masa akan datang," katanya.
Saksikan filem Seandainya Kau Ada yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 29 April 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.