Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sal Priadi Ambil Lirik Lagu 'Gala Bunga Matahari' Dari Al-Quran - "Selagi Tak Lari Maksud, Tiada Yang Salah"

Ernalisa
08/10/2024 15:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui beberapa bait dalam lagu 'Gala Bunga Matahari diambil daripada ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang kehidupan manusia.

Antara lirik yang diambil daripada ayat suci Al-Quran ialah; “Adakah sungai-sungai itu benar-benar dilintasi dengan air susu?”, “Badanmu tak sakit-sakit lagi”, dan “Kau dan orang-orang di sana muda lagi”.

BERITA BERKAITAN : Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA BERKAITAN : Beza Umur 35 Tahun? “Laki Aku Bukan Laki Kau!” | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

BERITA BERKAITAN : Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

Menurutnya, lagu yang mencetuskan fenomena di negara jiran itu tidak mempunyai kesalahan selagi maksudnya tidak menyimpang daripada kandungan asal.

“Bagi saya, selagi maksudnya tidak lari sama sekali, tiada apa yang salah.


“Lagu ini juga tentang kehidupan, tentang insan yang telah pulang ke tempat abadi dan dirindui seseorang.

“Ia juga membawa maksud, adakah kita yang masih hidup mampu meneruskan hidup tanpa insan yang kita sayangi,” katanya kepada Gempak.


Sal yang enggan mengulas panjang mengenai perdebatan lirik lagu tersebut, bagaimanapun, tidak melatah dengan pandangan peribadi pendengar atau peminatnya.

“Pandangan orang berbeza-beza, jadi tak mengapa. Saya terima,” ujarnya ringkas.

Sal Priadi menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada majlis “Sal Priadi Zuzaza Live In Kuala Lumpur” pada petang Selasa.

Penyanyi berbakat dari Malang, Indonesia ini dijangka menemui peminatnya pada Ahad ini di Dewan Zeep, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Persembahan itu merupakan usaha untuk mengadakan hiburan ‘live’ buat peminatnya di negara ini dan rantau Asia.

Dijangka, lebih daripada 20 buah lagu bakal dipersembahkan pada malam tersebut.

#Al-Quran #Matahari #Bunga #dari #Gala #diambil
;