Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sal Priadi Bakal Muncul Dengan Konsert ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur, Janji Berikan Elemen Audio Visual Kreatif Terbaik Buat Peminat!

Asyraf Roslan
25/09/2024 04:55 MYT

Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi bakal mengegarkan Kuala Lumpur menerusi Konsert Sal Priadi ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober itu merupakan konsert sulungnya di Malaysia.

Menurut pelantun lagu Dari Planet Lain, ini merupakan pengalaman pertamanya mengadakan siri jelajah secara besar-besaran bukan sahaja di Indonesia malah istimewa untuk peminat di Malaysia yang meminati karyanya.


“Ini adalah kali pertama saya mengadakan siri jelajah besar-besaran di Indonesia dan Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati saya. Saya berjanji konsert kali ini akan berbeza, lebih besar dan lebih intim,” kata Sal Priadi.


Pada masa sama, Sal juga menjanjikan bakal memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan dan berbeza untuk peminat di Malaysia.


“Peminat boleh menonton saya beraksi selama dua jam dengan mempersembahkan hampir 20 buah lagu.

“Persembahan saya juga akan disertai dengan elemen audio visual kreatif untuk mencerminkan mood lagu-lagu saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Konsert ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024 pada jam 8 malam.

Peminat boleh membeli tiket dengan harga bermula RM158 sehingga RM4,000 untuk VIP Box.

Anda boleh mendapatkan tiket Konsert Sal Priadi ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur melalui laman web rasmi ticket2u.com.my/sal-priadi.

#Penyanyi #Konsert #Konsert ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur #Sal Priadi