Salah Cakap 'Sembah Syaitan' Ketika Ulas Fasal Thaipusam, Ustaz Wadi Annuar Mohon Maaf
Amri Hassan
12/02/2023 10:50 MYT
12/02/2023 10:50 MYT
Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini susulan kenyataannya mengetai perarakan Thaipusam baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang disiarkan di platform media sosialnya, Ustaz Wadi mengatakan beliau terlepas pandang apabila menyebut perkataan 'sembah syaitan' dalam salah satu ceramahnya di Melaka pada 10 Februari lalu.
"Di dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang di dalamnya ada sekumpulan orang Melayu Islam yang menyertai perarakan tersebut.
“Lalu saya menyatakan bahawa ajaran agama Islam tidak membenarkan orang Islam untuk menyertai perayaan yang berbentuk agama tersebut,” katanya dalam permohonan maaf berkenaan.
Ustaz Wadi menegaskan beliau tidak sama sekali berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.
"Dengan ini, saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyataan tersebut.
"Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa saya sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Semoga dengan kenyataan permohonan maaf ini, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita dapat dicapai," tambahnya.