gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, Penduduk Kongsi Detik Cemas - "Kita Takut Jadi Seperti ..."
HIBURAN
Tipe X Rayakan 3 Dekad Dengan Skalut Party, Anak Ska 90-an Sila Munculkan Diri
HIBURAN
Salah Faham Dalam Pesawat, Edison Chen: “Saya Akan Buat Anda Dopecat!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Salah Faham Dalam Pesawat, Edison Chen: “Saya Akan Buat Anda Dopecat!”

gempak
Maliah Surip
21/06/2025
15:59 MYT
Sponsor Banner
Salah Faham Dalam Pesawat, Edison Chen: “Saya Akan Buat Anda Dopecat!”
Bintang terkenal Hong Kong, Edison Chen menjadi perhatian selepas terlibat perselisiihan faham bersama seorang pramugari dalam penerbangan dari Hadena, Tokyo ke New York.
Insiden tersebut tersebar selepas ada penumpang membuat rakaman suara sebelum disebar di salah satu platform terkenal, Xiaohongshu.
Menerusi laporan media, Chen, 44, tersinggung dan marah selepas seorang penumpang tidak sabar untuk keluar daripada pesawat sewaktu dia sedang menurunkan barangan daripada tempat penyimpanan beg.
Seorang pramugari kemudian datang untuk menyelesaikan masalah dengan memberitahu penumpang tersebut seorang pelanggan VIP. Namun Chen beranggapan hal itu tidak patut berlaku kerana pintu pesawat belum dibuka.
“Boleh beri saya masa untuk turunkan barangan saya dahulu? Kenapa mahu memaksa saya? Sebab dia penumpang VIP?” kata Chen.
Namun pramugari mengatakan ahli VIP Diamond mempunyai akses untuk turun daripada pesawat.
Berang dengan tindakan pramugari itu, penyanyi dan pelakon tersebut didakwa telah mengeluarkan amaran.
“Buat aduan kemudian. Saya akan pastikan anda dipecat!” lapor Dimsum Daily.
Pihak pengurusan Chen kemudian mengatakan salah faham dalam insiden tersebut diselesaikan secara baik.
Topic Berkaitan
#Pesawat
#Edison Chen
#Dopecat
Must-Watch Video