HIBURAN
“Salah Ke Buat Aktiviti Yang Gembirakan Hati Saya” - Zara Zya Tak Kisah Jual Kambing Perap Di Bazar Ramadan
Pelakon, Zara Zya tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan berniaga di Bazar Ramadan.
Suka meniaga
Menurut Zara, dia tidak kisah berniaga kerana itu merupakan salah satu hobi kesukaannya.
“Saya meniaga di bazaar sebab itu ialah hobi saya. Kesukaan saya,” coretnya di aplikasi Threads.
Malah kata Zara, disebabkan minatnya itu jugalah dia tidak mengambil tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadan.
“Dah banyak tahun pun, saya tak shooting pada bulan puasa,” coretnya.
Jangan pandang rendah

Bagaimanapun, dalam pada Zara seronok berniaga, namun ada juga segelintir pihak yang seolah-olah memandang rendah terhadap dirinya.
“Salah ke saya buat aktiviti yang gembirakan hati saya dan orang lain yang datang untuk support saya?” luahnya.
Disebabkan luahannya itu, ruangan posting berkenaan dihujani dengan kata-kata semangat netizen.
Antaranya:

Terdahulu, Zara kini bergelar peniaga kambing perap bakar di Bazar Ramadan Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.