Laman Utama

“Salah Ke Kalau Kesian?” - Vida Pertahan Persembahan Iqbal, Rasa Kasihan Dapat Markah Terendah

gempak
Azwa Rahman
07/02/2022
04:43 MYT
Sponsor Banner
“Salah Ke Kalau Kesian?” - Vida Pertahan Persembahan Iqbal, Rasa Kasihan Dapat Markah Terendah
Presiden Netizen konsert Big Stage 2022 minggu pertama, Datuk Seri Vida mempertahankan persembahan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkelfi yang menjadi peserta ke-12 menyertai program realiti TV itu.
Menerusi platform TikTok, Vida sempat melakukan siaran langsung setibanya di hotel penginapan bagi meluahkan perkara itu sekaligus merasa kasihan dengan bekas kekasihnya itu.
Pada konsert pertama yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, Iqbal yang diumumkan sebagai kejutan membawakan lagu Biarlah Bulan Bicara nyanyian asal Broery Marantika dan menjadi tiga peserta berada di tangga tercorot.
Persembahan yang mengejutkan ramai pihak itu hanya menerima markah 5% daripada barisan juri tetap Ajai, 25% daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan 22% daripada Aliff Aziz selaku juri juara.
Manakala Vida pula memberikan 73% markah pada persembahan tersebut.
“Bila saya tengok bottom 3 sewaktu penyingkiran tu saya jadi kesian. Salah ke kalau kesian? Kesian takde maksud apa-apa. Ini pun saya balik terus ke hotel, takde saya nak cari dia pukul 3 pagi.
“5 markah je Ajai bagi, okay la daripada takde langsung,” ujar Vida.
Bukan sahaja Vida, malah pembantu peribadinya, Dilla turut sama meluahkan rasa bangga dengan keberanian Iqbal yang menyahut cabaran menyanyi di pentas besar seperti Big Stage.
“Sebenarnya bila kita duduk dalam hall tu, memang sedap dengar dia nyanyi. Dan saya sangat bangga dengan Iqbal sebab dia boleh balik dari Indonesia dan sahut cabaran ni. Tunggu minggu depan, kita bagi peluang kat dia,” ujarnya.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Bug Stage pula disandang oleh Isha Norsham. Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024