,
Hiburan

"Salah ke Tunggang Motor Pakai Tanjak?"- Wings Lancar Kelab Motor Identiti Melayu

Fiza Kamarudin
15/01/2018
03:55 MYT
Unik dan tersendiri! Itulah yang boleh digambarkan kepada Wings Motor Gang Society (WMGS) yang menjadikan tanjak sebagai simbolik memartabatkan budaya Melayu dalam kelab permotoran tersebut.
Presiden WMGS, Datuk Awie atau Ahmad Azhar Othman berkata, tanjak dan baju Melayu cekak musang merupakan identiti kelab tersebut seiring dengan misi mereka, yang mahu mengukuhkan dan menguatkan jati diri serta identiti bikers Melayu dalam aktiviti permotoran.
Ditanya samada beliau risau jika identiti WMGS dilabel pelik, Awie menegaskan perkara tersebut tidak pernah menjadi kegusarannya.
“Salah ke pakai tanjak dengan baju Melayu naik motor? Lagipun kami tidak menyalahi undang-undang jalan raya.
“Setiap konvoi yang kami lakukan, ada polis trafik bersama dan kami menanggalkan helmet serta bertanjak mengikut jarak yang ditetapkan dengan kebenaran pihak berkuasa. Ada jarak dan kawasan dibenarkan dengan kawalan polis trafik.
“Lagi pula, kami mengikut spek yang telah ditetapkan undang-undang jalan raya serta tidak mengabaikan faktor keselamatan,” katanya yang menekankan tiga prinsip utama kelabnya iaitu silaturrahim, ekonomi dan kebajikan.
Menarik mengenai WMGS, kelab ini hanya dianggotai oleh penunggang Bumiputera, tiada perbezaan pangkat, jauh sekali elemen politik.
"Buang jauh-jauh rasa negatif atau rasisme kerana tujuan kita hanya mahu memartabatkan budaya dan semangat Melayu, itu sahaja,” ujarnya.
Awie ditemui ketika Majlis Pelancaran Ulang Tahun 465 Hari Wings Motor Gang Society yang berlangsung meriah dalam suasana penuh adat tradisional Melayu di Tadom Hill, Resort, Banting, pada Sabtu lalu.
Seramai 600 tetamu memeriahkan majlis bersama 100 ahli kelab WMGS dari Brunei, Thailand, Singapura dan seluruh negara.
Anggota Wings iaitu Awie, Black dan Eddie turut lengkap lengkap berbaju Melayu cekak musang, berjaket hitam dan bertengkolok songket bagi menunjukkan identiti Melayu kelab permotoran tersebut.
Kepada yang berminat untuk menyertai WMGS dan mempunyai motosikal berkuasa tinggi 700cc ke atas, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM550 merangkumi yuran tahunan pertama termasuk 'Colors' dan 'Vest'.
Yuran tahunan untuk ahli ialah RM180 dan pelbgai keistimewaan bakal diperolehi ahli WMGS dengan kad keahlian yang menyediakan pelbagai kelebihan seperti diskaun alat ganti motosikal, bantuan kerosakan motosikal, diskaun di kedai makan terpilih dan banyak lagi.
Maklumat lanjut mengenai keahlian boleh lawati laman sosial rasmi Facebook dan Instagram Wings Motor Gang Society.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Tiada Penyingkiran Minggu Kelima! Kiki Fateeha Kekal Tangga Pertama, Datuk Awie Komen - "Pitching Suara Awak Tak Goyah"

gempak
18/10/2024
15:58 MYT
The Chosen One 2024 minggu kelima telah menyaksikan kesemua peserta layak ke minggu yang seterusnya.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Wany Hasrita Anggap Qal Daienesh Banyak ‘Improvement’, Tak Patut Tersingkir - “Kami Telah Berusaha Mempelbagaikan… ”

gempak
12/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa sedih apabila anak didiknya atau mentee, Qal Daienesh tersingkir pada minggu keempat The Chosen One 2024 yang berlangsung pada Jumaat.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Duet Bersama Bintang Terkenal Gegar Vangaza, Kiki Fateeha Kekal Kedudukan Pertama & Qal Daienesh Tersingkir

gempak
11/10/2024
14:55 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu keempat menyaksikan enam peserta masih layak untuk meneruskan persaingan pada minggu berikutnya.
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Unitar