Laman Utama

“Salah Tengok Agaknya, Isteri Pakai Baju Besar, Bukan Hamil…” - Remy Ishak

gempak
Fiza Kamarudin
17/03/2022
11:21 MYT
Sponsor Banner
“Salah Tengok Agaknya, Isteri Pakai Baju Besar, Bukan Hamil…” - Remy Ishak
Pelakon Remy Ishak menafikan spekulasi mengenai isterinya, Ezza Yusof sedang berbadan dua.
Remy berkata, ketika tular mengenai berita tersebut di laman sosial, dia terus bertanya kepada isteri adakah benar sedang hamil.
“Saya balik rumah terus tanya kepada isteri betul ke dia hamil. Tapi isteri kata baju dia besar mungkin orang tersalah pandang.
“Belum ada rezeki kami. Insha-Allah selepas tamat penggambaran Jangan Menangis Cinta ni.
“Lagi pun sekarang saya tengah bawa watak Zafran, seorang suami yang tak sukakan kanak-kanak…takut kenan,” katanya.
Tambah Remy, watak Zafran adalah seorang lelaki pemarah, ego dan benci kepada anaknya sendiri malah turut mendera kanak-kanak tersebut.
“Saya punyalah risau, siap bagitahu kepada Amyra Rosli mengenainya. Saya rasa lepas ni mesti ramai yang akan bencikan saya.
“Agaknya, bulan Ramadan nanti kalau pergi bazar orang baling kuih kat muka saya,” katanya ketawa.
Remy ditemui pada majlis sidang media secara atas talian drama Jangan Menangis Cinta, pada Rabu.
Drama adaptasi novel Siti Rosmizah itu bakal bersiaran bermula 21 Mac ini di saluran Astro Ria jam 10 malam.
Selain Remy, drama penuh emosi dan air mata itu turut menampilkan Amyra Rosli selaku teraju utama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live