"Salam 50 Juta" - Di Matamu Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia, Raih Tontonan Tertinggi di YouTube

Kamaruddin Razal
Januari 15, 2019 15:20 MYT
Penyanyi Sufian Suhaimi meluahkan rasa terima kasih selepas muzik video lagu Di Matamu berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan terbaik di laman YouTube.
Sebelum ini, rekod terbabit disandang oleh Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci.
Sehingga jam 11 malam, lagu Ku Rela Dibenci berjaya meraih lebih 49.9 juta tontonan manakala lagu Di Matamu meraih 50 juta tontonan.
Sufian berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya.
"50 juta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pendengar #DiMatamu sehingga berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh adik saya, @official_aimantino sebelum ini.
"Doakan saya dapat membuat persembahan seperti yang dirancang untuk AJL nanti. Doakan saya diberikan kesihatan yang baik. Salam 50 juta," tulis Sufian.
Dalam pada itu, Sufian bakal membawakan lagu ini untuk bersaing dengan 11 finalis lain di Anugerah Juara Lagu ke-33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini.
#Penyanyi #Sufian Suhaimi #Penyanyi