Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Salam Artis Tu Rosak Roh, Jiwa Kita" - Ustazah Afifah Viral Lagi, Netizen Pelik Serba-Serbi Tak Kena!

Mya Amri
09/11/2022 01:07 MYT
Belum reda tentang isu bersalin dengan doktor lelaki, kini ustazah yang dikenali dengan nama Siti Afifah Shahbudin kembali menjadi bualan netizen.

Kali ini berkenaan isu yang mendakwa bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa.

“Orang dulu-dulu berebut, kalau jumpa ulama berebut nak salam, bukannya kita berebut-rebut nak bersalam artis.

“Salam artis tu ia rosak roh kita, jiwa kita akan rosak bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya.

“Tetapi bila kita berjumpa dengan orang-orang yang rajin ibadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri,” jelasnya.

Video yang di muat naik di akaun TikTok miliknya itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya mendakwa ustazah itu sengaja mencari populariti dengan mengeluarkan kenyataan yang belum dikenal pasti fatwanya.

Bukan itu sahaja malah netizen juga agak was-was dan mengatakan adakah ustazah itu ahli agamawan yang tidak bertauliah.

“Tak baik mempersendakan orang ustazah, kita tak tahu artis itulah tah lebih baik amalannya, kita tiada hak nak jatuh hukum dekat seseorang,” komen netizen.

“Ada pula kata macam tu, macam semua orang dekat dunia ini tidak betul bagi dia,” tulis seorang lagi.

“Saya ada tengok ayah seorang artis, tapi anak siap belajar di Mesi lagi, jiwa anak tu rosak ke saam ayah seorang artis?” tanya seorang lagi netizen.

Terdahulu, ustazah Afifah lantang menyuarakan hal tentang kaum ibu yang ingin bersalin tidak patut mendedahkan aurat di hadapn doktor lelaki.

Tonton video penuh ustazah di bawah:

undefined
#Viral #Tular #TikTok #Ustazah #Isu Salam Artis #Salam Artis #Salam Artis Rosak Roh Dan Jiwa #Ustazah Afifah
;