Laman Utama

“Salam PDRM Mohon Maklum Ya, Surat MITI Untuk Kerja Tak Perlu Cop” - Netizen Keliru Mana Satu Mana Satu SOP Nak Follow!

gempak
Hanafis Haris
10/05/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Salam PDRM Mohon Maklum Ya, Surat MITI Untuk Kerja Tak Perlu Cop” - Netizen Keliru Mana Satu Mana Satu SOP Nak Follow!

Kecoh di media sosial hari ini apabila ada yang mendakwa mereka ditahan pihak polis biarpun mempunyai surat dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Sesetengah netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila terpaksa berpatah balik untuk mendaopatkan cap daripada pihak polis.

Ini bertentangan dengan pengumuman Miti menyatakan bahawa tidak ada sebarang cap yang diperlukan.

Susulan itu, ramai yang berpendapat prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan tidak diselarikan secara menyeluruh setiap badan atau jabatan.

“Today polis cakap degan i surat company perlu ada cip polis juga.”

“Samalah dengan i, roadblock polis kata kena da cop dari balai.”

“Ingatkan pakai surat company saja tak ada masalah pun, kenapa this time polis mintak cop ula,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu Miti menerusi beberapa posting di Twitter memohon pihak polis untuk sedia maklum dengan pengunaan surat dikeluarkan mereka.

Pihak Miti juga memberitahu pekerja memang perlu bawa surat kebenaran MITI atau dari mana-mana Kementerian/Agensi yang mengawal selia sektor mereka.

“Salam PDRM mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop.

“Selain itu sertakan sekali dengan pas pekerja ATAU surat majikan,” tulis pengendali akaun rasmi berkenaan.

Sekadar info, larangan perjalanan rentas negeri dan daerah dikuatkuasakan semula pada hari ini susulan kebangkitan semula kes penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, beberapa pengecualian dibenarkan, termasuk perjalanan ke seluruh negeri atau daerah untuk bekerja sekiranya perniagaan itu mendapat kelulusan Miti.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live