Salam Takziah... Bapa Ezad Lazim Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof
Ogos 6, 2019 13:00 MYT
Bapa kepada penyanyi Ezad Lazim, Mohamad Lazim Ismail meninggal dunia pada pukul 7.25 malam tadi.
Berita sedih tersebut diumumkan Ezad menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"6/8/19 abah saya Allahyarham Mohamad Lazim Ismail kembali ke rahmatullah tepat jam 7.25 malam.
"Mohon sedekahkan Al-Fatihah," tulisnya.
Di ruangan komen, peminat penyanyi lagu Mengharap Bintang itu dihujani ucapan takziah daripada pengikutnya yang sama-sama turut berduka.
Gempak ucapkan salam takziah kepada Ezad dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.
#Ezad Lazim #Bapa Meninggal