Ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ramlah Sarlan telah menghembuskan nafas terakhir pada malan tadi.

Menerusi entri terbaru di Instagram (IG) Zayan, berkongsi mengenai berita sedih itu buat semua pengikut mereka.

"Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali kerahmatullah Maghrib tadi.

"Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah," tulisnya.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan ibu tercinta yang telah kembali kerahmatullah maghrib tadi. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on


Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan ibunya.

Semoga roh ibu Mawi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.