Salam Takziah... Ibu Mawi Meninggal Dunia

Rozaimi Zubaidi
Jun 19, 2019 16:15 MYT
Ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ramlah Sarlan telah menghembuskan nafas terakhir pada malan tadi.
Menerusi entri terbaru di Instagram (IG) Zayan, berkongsi mengenai berita sedih itu buat semua pengikut mereka.
"Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali kerahmatullah Maghrib tadi.
"Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan ibunya.
Semoga roh ibu Mawi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
#Penyanyi #Mawi #Penyanyi