Salam Takziah...Bekas Anggota Rabbani Azizan Khalid Meninggal Dunia
Asraf Aided
09/07/2021 11:10 MYT
09/07/2021 11:10 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid terkenal Rabbani, Azizan Khalid menghembuskan nafas terakhir pada usia 46 tahun Rabu lalu.
Allahyarham dikatakan meninggal secara mengejut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami sesak nafas.
Azizan kemudiannya terus rebah selepas bersarapan sekitar jam 10 pagi.
Bagaimanapun, keputusan ujian calitan (swab test) mendapati Allahyarham disahkan positif wabak COVID-19.
Difahamkan, Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya di Behrang, Perak.
Terdahulu, Azizan pernah bersama kumpulan yang popular dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali itu pada tahun 1997 dan menarik diri pada 2001.
Salam takziah daripada Gempak untuk ahli keluarga Allahyarham, Al-Fatihah.
Sumber: Official Hlive