Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Salamiah Hassan Kecewa Lagu Nyanyian Dayang Nurfaizah Gagal Ke AJL33

Kamaruddin Razal
26/11/2018 05:08 MYT
Penyanyi berpengalaman, Salamiah Hassan meluahkan rasa kecewa di laman Instagram apabila lagu ciptaan Aubrey Suwito, Layarlah Kembali gagal mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-33.

Lirik lagu Layarlah Kembali ditulis oleh Ad Samad dan disampaikan oleh Dayang Nurfaizah.

Salamiah berkongsi dan memuat naik pendapat terbabit menerusi salah satu entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Correction post

A post shared by Salamiah Hassan (@salamiah_hassan) on


Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan mengenai pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak selaku ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang menjelaskan mengenai 12 lagu yang dipilih ke peringkat AJL33 telah dinilai dan diberi peluang secara adil.

BACA: "Lagu Balada Terlalu Banyak" - Ini Penjelasan Juri Mengenai 12 Finalis AJL33

Namun begitu, sebuah lagi lagu nyanyian Dayang bersama Hael Husaini, Haram berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij AJL33.

AJL33 bakal berlangsung pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Foto: Instagram Salamiah Hassan, Muzik Muzik 33 / @badrulazhar_
#Salamiah Hassan #Dayang Nurfaizah #AJL33