Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Saleem Iklim Tiada Lagi

Elrafaei Sapi
14/10/2018 01:26 MYT
Penyanyi terkenal, Saleem meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi.

Arwah berada dalam kritikal sejak semalam selepas 22 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, PPUKM kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.

Anak bongsu arwah iaitu Muhammad Amirul Mukmin menyatakan bapanya mengalami otak bengkak akibat hentakan kuat ketika kemalangan yang menyebabkan sukar bernafas.

Kemalangan jalan raya itu juga menyebabkan Saleem yang popular bersama kumpulan Iklim koma selama hampir dua minggu.

Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Majeed bagaimanapun berada dalam keadaan lemah apabila sedar selepas itu.

Doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan penyanyi berusia 57 tahun itu semakin kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi.

Arwah akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Sumber: Berita Harian

Foto: IG @aku_saleem
#Saleem #Iklim