Hiburan

Salima AF4 Sahkan Suami Kahwin Kali Ketiga Hanya Gurauan

gempak
Syafiqah Jalal
20/02/2017
11:07 MYT
Sponsor Banner
Salima AF4 Sahkan Suami Kahwin Kali Ketiga Hanya Gurauan
Bekas peserta Akademi Fantasi 4 (AF4), Salima mengesahkan madunya yang dikenali sebagai Wafa sekadar bergurau apabila menaikkan status di laman Instagram (IG) mengenai pernikahan ketiga suami mereka.
Salima berharap semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kenyataan madunya itu.
"Gambar dan kenyataan ini adalah palsu. Saya sebagai isteri kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini (tidak benar) mewakili suami dan juga isteri pertama.
"Gambar ini dimuat naik atas dasar gurauan, tanpa pihak isteri pertama menyangka ia akan menjadi tular," katanya pada ruangan komen laman sosial madunya itu.
Terdahulu, Wafa menerusi Instagram @wafa_alhadad mengucapkan tahniah kepada suami serta isteri ketiga di atas perkahwinan mereka dan berdoa ia berpanjangan hingga ke syurga selain dikurniakan cahaya mata yang comel.
Pada masa yang sama, ibu kepada dua anak itu seakan-akan memberi isyarat kepada wanita di luar sana mengenai satu lagi kuota kekosongan untuk menjadi isteri keempat suaminya itu.
Katanya lagi, pihak yang berminat diminta menghubungi Salima yang juga madunya, untuk maklumat lanjut.
Begitupun, status berkenaan sudah dipadamkan.
Sumber BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024