HIBURAN

Saling Berpegangan Tangan, Faizal Hussein Hadir Bersama Anak Perempuan Raih Perhatian - “Dia Ini Dari Kecil Lagi Memang…”

Asyikin Mayudin 04/08/2025 | 07:55 MYT
Kehadiran pelakon Faizal Hussein bersama anak perempuannya di malam kemuncak sebuah anugerah hiburan pada malam semalam mencuri perhatian ramai.

Kecantikan anak perempuan Faizal iaitu Fazryn Faizal berpegangan tangan bersama bapanya ketika melalui karpet merah menerima pujian.

Rata-rata netizen memuji wajah cantik Fazryn yang kelihatan seperti ibu saudaranya dan neneknya yang juga pelakon veteran, Allahyarham Mahyon Ismail.

“Anak dia lawa betul… suka betul tengok.

“Cantik… ikut muka mak cik dia dan iras nenek dia juga.

“Ayah hensem, ibu cantik, anak tetap comel dan cantik.

“Stail model. Anak dia ini dari kecil lagi memang dah lawa macam mak dia, pandai pula tu,” komen netizen.

Untuk info, Fazryn adalah bekas pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang.

Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila Sulaiman pada tahun 2004.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.

#Faizal Hussein #Anak Faizal Hussein #Fazryn Faizal #Suhaila Sulaiman