Satu demi satu petunjuk telah pun muncul dalam episod The Maid 2 yang lalu, tapi sehingga kini masih belum pastikan punca kematian Jay.

Hari ini dalam pesiod 3 drama Gempak Origial Series ini, Qina arahkan Kiambang kurung Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel dalam sebuah bilik sementara polis tiba. Ironinya ketika ini mereka mula sedar masing-masing punyai trauma selepas bercerai dengan Jay!

Dalam episod lalu Remy pengsan tetapi bila sedar dituduh hendak melarikan diri pula. Haru dibuatnya juga bila Qina dan Suhana juga saling tudung menuduh antara satu sama lain.

Namun dalam episod malam ini, penonton bakal menyaksikan bagaimana polis menyiasat kes ini selepas tiba di lokasi kejadian.

Siapakah pembunuh misteri pada kali ini? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

The Maid 2 menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.

Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.