Laman Utama
Salji Runtuh Di Jepun, 8 Pelajar Dikhuatiri Mati
Lapan orang pelajar dikhuatiri mati dalam tragedi runtuhan salji yang berlaku di Jepun.
Sementara dua lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Runtuhan itu berlaku pada pagi Isnin berhampiran cerun ski di Nasu yang terletak kira-kira 160 km di utara Tokyo.
Seramai 52 pelajar sekolah menengah dan 11 orang guru pengiring sedang mendaki gurung tersebut pada hari kejadian.
"Kejadian runtuhan salji di sini akan berlaku satu atau dua kali setahun dan ini merupakan runtuhan paling besar yang pernah berlaku," kata pegawai bomba kepada pemberita.
Sumber : Astro Awani
Foto : Reuters
Olahan : Izzat Ridzwan