Aktor Bollywood bertubuh sasa, Salman Khan menyalurkan sebahagian daripada wangnya kepada 19,000 orang pekerja industri hiburan Bollywood.

Menurut Times of India, seramai 3,000 pekerja telah memperoleh wang bernilai 5,000 India Rupiah (RM286) setiap seorang dan berbaki lagi 16,000 orang.

"Salman telah meminta maklumat 25,000 pekerja dan sebanyak 19,000 data telah diperoleh. Semua akan mendapat wang seperti yang dijanjikan tidak lama lagi," kata wakil Kesatuan Pekerja India Cine, Ashok Dubey.

Ada sebilangan pekerja industri yang punyai kewangan yang stabil dan meminta sumbangan itu diberikan kepada individu yang memerlukan.

Pada hujung Mac lalu, Salman memutuskan untuk membantu pekerja industri perfileman Bollywood yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Jika dihitung jumlah keseluruhan, pelakon yang popular dengan filem Hello Brother itu menyalurkan lebih RM5.4 juta kepada pekerja industri Bollywood yang terjejas.

Kerajaan India telah mengumumkan tempoh lockdown negara itu selama 21 hari ekoran penularan Covid-19.

Sehingga kini negara itu mencatatkan jumlah pesakit Covid-19 seramai 4,421 orang dan 115 kematian.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Hindustan Times