Sam Kibar Jalur Gemilang Ketika Argentina Menang, Percaya Malaysia Boleh Ke Piala Dunia Suatu Hari Nanti

Elrafaei Sapi
Jun 28, 2018 13:48 MYT
Pelakon popular, Shaheizy Sam yang berkesempatan ke Russia meraikan kejayaan bersama pasukan Argentina menewaskan Nigeria kelmarin turut percaya pasukan bola sepak Malaysia mampu ke Piala Dunia suatu hari nanti.
Sam yang memakai jersi Argentina ketika menyaksikan perlawanan tersebut menyatakan dia tetap menyokong pasukan Kebangsaan untuk bersaing ke peringkat antarabangsa.
"Kesian. Masih ramai antara kita yang tak percaya dengan kebolehan 'Bangsa Malaysia' sendiri. Tak percaya ke, tak rela melihat bangsa sendiri berjaya?!," katanya menerusi status di Instagramnya hari ini.
Sam memberi pesanan pada rakyat Malaysia agar tidak terkesan menerusi minda dan hati terhadap kata-kata orang lain yang memperlekehkan dan bertujuan menjatuhkan diri sendiri.
"Fokus pada diri sendiri, bukan pada orang lain. Bila kejayaan terbukti nanti, baru la keluar kata2, 'Aku la yang menyokong'.
"Apapun, saya percaya dan saya tetap sokong!!!," katanya.
Menariknya, Sam bukan hanya bergembira ketika berada di sana tetapi turut mengibarkan Jalur Gemilang di dalam stadium ketika Argentina meraikan gol kemenangan mereka.
Sam juga memuat naik beberapa foto termasuk bergambar 'selfie' bersama penyokong pasukan Nigeria.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @shaheizy_sam
#Shaheizy Sam #Piala Dunia #Argentina