Doktor dan pengacara, Dr Say Shazril menasihatkan para suami agar tidak mengambil mudah isu depresi isteri.

Dr Say mengulas perkara itu berdasarkan tularnya seorang individu lelaki memberikan komen berbaur biadap terhadap video seorang suri rumah yang tular baru-baru ini.

“Saya tak tengok video suri rumah breakdown tu tapi yang menarik perhatian saya is betapa lancangnya bahasa mamat yang komen terhadap video tu.

Assumption saya sama ada dia tak kahwin lagi atau dah kawin dan dia ada masalah rumah tangga atau dia seorang bapa yang mengabaikan anak-anak atau he is simply bebal.

“Again, saya bukan nak jadi feminist di sini tapi i was there berpantang dua bulan untuk kedua-kedua anak saya dan each time it was a different experience,” tulisnya memulakan bicara.

Menurut Dr Say, tugas sebagai seorang isteri untuk menjaga anak-anak adalah bukan satu kerja yang mudah dan memerlukan sokongan suami.

Untuk membuatkan orang ramai memahami situasi, Dr Say sendiri berkongsi pengalaman menjaga dua orang anaknya.

“Anak pertama tak payah cakap memang saya koyak rabak siap saya buat status “officially koyak” sebab babies ni 2-3 jam sekali bangun nak susu jadi kita yang biasa tidur malam 8 jam straight semestinya affected a lot by this.

“Belum campur babies tu colic/ babies tu demam. Bila ada anak kedua memang tak dinafikan senang menjaganya sebab dah berpengalaman.

“Tapi time kita berjaya tidurkan anak kedua, datanglah anak pertama melompat menjerit sebelah telinga anak kedua maka terbangun lah dia dan sia-sia usaha kita menidurkan anak kedua sebelum tu.

“Terus terang cerita sebelum saya ada anak pun saya ingat best jadi suri rumah tak payah serabut kepala fikir kerja.

“Duduk rumah jaga anak lagi senang tapi setelah dua bulan menemani bini berpantang baik anak pertama mahupun anak kedua kepala saya dok fikir ‘kenapalah aku tak kerja opis 8am-5pm even better kalau aku kerja outstation sure lagi best’ sebab my body dan mind were constantly exhausted.

“Itupun saya tak jaga anak tu 24 jam apatah lagi housewives’ yang jaga anak 24 jam dan apetah lagi kalau anaknya lebih dari seorang dan apetah lagi kalau anaknya require special needs,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Dr Say juga mengingatkan orang supaya tidak menulis sesuatu dengan mengikut perasaan.

“Dengar kata mamat tu dah minta maaf tapi again Din, kenapa la kau tak fikir dulu sebelum kau menulis Din?

“Followers aku ramai mommies Din dan kalau kau baca DM diorang, kau patut bersyukur sekarang kena pakai mask kalau tak sorang-sorang nak cari kau untuk cili mulut, luku dan starlight ko Din. Jangan main-main dengan emosi housewives. Singa pun takut ngan diorang Din,” coretnya.



Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan coretan Dr. Say.

“Thank you sooo much Dr for posting this! Being a resigned vet now WAHM, the experience memang totally different + boleh burnt out juga. Yang dah merasa je boleh faham apa this mom hadapi. Lain orang lain pengalaman. Lain anak lain pe’elnya. Be strong all mommies. I feel you,” komen @norikohaizumi

“Meh la try jaga twins’ yang fully breastfeed. Bangun setiap dua jam bergilir-gilir. So, rasa-rasa dapat tidur ke tak? Kalau babies menangis surely kau akan turut meraung,” tulis @fairuszakaria_

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!