Aktres jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta berpendapat segelintir wanita mengenakan tudung kerana ingin menutup aurat namun ada juga untuk berfesyen.

Namun, Che Ta menegaskan apa sahaja tujuan mereka tetapi harus dingatkan menutup aurat adalah wajib.

"Kita tidak tahu apa niat dia memakai tudung, mungkin ingin berfesyen dan juga nak menutup aurat.

"Ataupun menutup aurat dalam masa yang sama ingin berfesyen.

"Sebenarnya sesetengah orang apabila dia komen sebab dia tidak memakai tudung kerana merasakan tidak perlu jika tidak ikhlas ataupun ketika itu belum dapat seru.

"Sama ada ikhlas atau tidak, menutup aurat itu tetap wajib," kata Che Ta.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi video tersebut, Che Ta ditanya pendapatnya tentang topik 'Bertudung Untuk Bergaya'.

Selain itu, isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut ditanya bagaimana dia mula-mula membuat keputusan untuk bertudung penuh.

"Zain sendiri tidak pernah suruh pun saya pakai tudung.

"Cuma selepas balik dari umrah, saya nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang pakai tudung ke? Saya mengiyakan," katanya lagi.

Selepas Zain dan Rozita bernikah pada 11 Disember 2013, mereka menerima kehadiran Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014.

Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Bertudung sebab fesyen ? Nak tgk sampai habis , p dekat u tube channel RozitaCheWan ok? . . #rozitachewan #cheta #rcw

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on