Penyanyi baru dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli berkongsi perkembangannya yang kini berada di Indonesia.

Salah satu yang dikongsi di Instagram adalah foto bersama penyanyi popular di negara jiran itu, Datuk Seri Rossa.

"Hari ini, orang pertama saya ketemu di Indonesia, Rossa. Semoga ada kebaikan, mohon doa dan kata-kata yang baik saja ya?" tulis Iqbal sebagai kapsyen.

Seperti yang dijangka, perkongsian itu mendapat pelbagai respon netizen antaranya ada yang mengusik jika mereka berdua 'berjodoh', pada masa sama ada juga yang menyentuh soal pembikan lagu dengan penyanyi tersohor itu.

"Rossa dan Laudia Chyntia Bella, salah satu pun sesuai jika masih sama sama single," tulis seorang netizen.

"Terbaik Iqbal... ini baru secocok sama cantik sama padan... bukan macam mak sama anak," tulis pengguna Instagram yang lain.

"Kalau kedua nya masih single , semoga Tuhan temukan jodoh kalian. Itu baru sepadan, mcm pinang dibelah dua," tulis netizen yang lainnya.

"Kira-kira Iqbal mau duet sama Rossa yaa…. aku dokong kamu ya, do the best ibal," tulis seorang lagi.



Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia akan berada di Indonesia untuk satu tempoh yang panjang atas urusan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.

BACA: Iqbal Bakal Berhijrah Ke Indonesia, Plan Nak Beli Rumah Di Jakarta - "Ia Bakal Menjadi Rumah Kedua Saya Berulang Alik"