Sama Cantik Sama Padan! Mimie Haris Sah Bergelar Isteri Kepada Juruterbang

Zulaikha Yusof
Februari 3, 2020 02:08 MYT
Pengacara dan penyanyi Mimie Haris, 30, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Amir pada pagi Ahad.
Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Royale Palace, Shah Alam.
"Saya terima nikah Norshamimi Ahmad Haris dengan mas kahwinnya seutas rantai gelang emas tunai," lafaz Rudy.
Mimie menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik momen majlis perkahwinan mereka.
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.
Majlis pernikahan itu dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat selebriti ini.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:
Terdahulu, Mimie dan Amir bertunang pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Mimie pernah berkahwin dengan seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada tahun 2015.
Namun, rumah tangga yang dibina mereka menemui titik noktah pada Ogos 2016.
#Kahwin #Kahwin #Juruterbang #Mimie Haris