Sama Level Tony Hawk & Anderson Paak, Yaya Zahir Dilantik Duta Global Vans

Amri Hassan
Oktober 28, 2020 02:35 MYT
Personaliti televisyen Yaya Zahir dilantik menjadi duta global jenama kasut sneakers, Vans.
Pelantikan itu sekaligus meletakkan Yaya sebaris dengan nama terkenal seperti pemain skateboard antarabangsa, Tony Hawk dan penyanyi Amerika Syarikat, Anderson Paak.
Yaya yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 252,000 orang itu berkongsi keterujaan atas perlantikan tersebut.
Kata Yaya, bekerjasama dengan jenama popular seperti Vans antara pencapaian terbaiknya sepanjang tahun 2020.
"Berita ini akhirnya telah diumumkan kepada semua. Sejujurnya, ini adalah perkara terbaik yang berlaku sepanjang tahun 2020.
"Saya dilantik sebagai duta global Vans bersama Tony Hawk dan Anderson Paak sempena #vanscheckerboardday.
"Ini menjadi satu penghargaan dan tanggungjawab besar untuk saya membawa nama Vans bersempena dengan Checkerboard Day yang akan memfokuskan tentang peranan kreatif untuk membantu individu dan komuniti dalam isu kesihatan mental seluruh dunia.
"Terima kasih bagi anda yang mengikuti perjalanan saya dan menggemari jenama Vans.
"Saya tidak sabar untuk mewakili Malaysia dan meraikan #vanscheckerboardday 2020 bersama anda semua pada 19 November nanti," kata Yaya.
Pelantikan Yaya mendapat sokongan daripada rakan selebriti antaranya Neelofa, Yuna, Scha Alyahya, Mira Filzah, Ramona Zamzam, Puteri Aishah, Datin Vivy Yusof, Shalma Aina dan ramai lagi.
Tahniah dari Gempak buat Yaya Zahir!
#Duta #Yaya Zahir #Vans