Dua penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa dan Melly Goeslaw telah memuatnaik video Tik Tok mengenai langkah pencegahan COVID-19 di akaun Instagram masing-masing.

Memetik laporan liputan6, perkara itu menarik perhatian ramai kerana hubungan mereka dikatakan dingin sebelum ini.

Dalam video berlatarbelakangkan lagu Bagaikan Langit itu, Rossa dan Melly kedua-duanya memakai persalinan merah dan menunjukkan cara batuk dan bersin dengan menggunakan tisu.

Mereka juga menggalakkan orang ramai untuk memakai topeng muka ketika sakit.

Pencegahan Corona by us @melly_goeslaw

A post shared by Rossa (@itsrossa910) on


Terdahulu, tersebar gossip mengatakan hubungan dua penyanyi ini menjadi dingin disebabkan insiden seorang jurusolek yang memakai kostum menyerupai Melly di acara Halloween sehingga menyinggung pelantun lagu Ku Bahagia itu.

Rossa turut terkait kerana dirinya turut kelihatan dalam sebuah video yang tular di internet.

Usaha mencegah COVID-19 kini sedang dilakukan di peringkat global, mari kita sama-sama meningkat kesedaran tentang kepentingan
mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung mulai 18 sehingga 31 Mac 2020.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!