Sambil Dukung Anak, Umie Aida Sambut Hari Jadi Tun M & Tun Hasmah... Cayalah!

Hanafis Haris
Julai 16, 2019 11:15 MYT
Minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah telah menyambut ulang tahun kelahiran mereka.
Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra sebagai Tun M menyambut hari kelahirannya yang ke-94 pada Rabu lalu manakala Tun Dr Siti Hasmah yang ke-93 pada Jumaat.
Turut meraikan sambutan kedua pasangan itu adalah pelakon Datin Seri Umie Aida bersama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Tambah menarik, anak angkat ketiga mereka turut sama kelihatan apabila didukung oleh Umie.
Momen berharga itu dikongsi menerusi satu entri di Instagramnya hari ini.
"Ya Allah! Panjangkanlah umur Tun M dan Tun Siti, sihatkanlah jasad, terangilah hati, tetapkanlah iman, baikkanlah amalan, luaskanlah rezeki, dekatkanlah pada kebaikan dan jauhkanlah dari kejahatan.
"Semoga Tun M dan Tun Siti sentiasa didalam rahmat-Mu.. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Amin," katanya.
Rata-rata netizen turut sama memberi ucapan hari jadi kepada kedua-dua pemimpin kesayangan ramai itu.
Anda boleh lihat ucapan dan komen positif mereka di bawah.
Untuk rekod, Gempak sebelum ini telah pun menghasilkan video remake khas lagu popular berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah.
Lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.
#Malaysia #TunM #Umie