Sambung Sampai 15 Januari 2021, Thailand Isytihar Darurat Kali Ke-8
Amri Hassan
25/11/2020 00:02 MYT
25/11/2020 00:02 MYT
Thailand akan mengekalkan perintah darurat berkaitan COVID-19 sehingga pertengahan Januari depan, sebagai usaha untuk memastikan jangkitan wabak itu terkawal ketika cuti Tahun Baru.
Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Kabinet pada Isnin (23 Nov) meluluskan lanjutan perintah darurat selama 45 hari dari 1 Dis hingga 15 Jan - lanjutan kelapan yang disarankan oleh Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA).
Perintah darurat sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Nov ini.
"Lanjutan perintah kali ini lebih panjang daripada lanjutan 30 hari sebelum ini kerana ia merangkumi cuti Tahun Baru. Langkah ini diambil bagi memastikan pandemik COVID-19 terkawal," katanya di sidang media semalam.
Perisytiharaan darurat sudah diumumkan di negara itu sejak 26 Mac bagi mengawal penularan virus tersebut.
Sehingga semalam (23 Nov), Thailand merekodkan 3,920 kes COVID-19 melibatkan 60 kematian.
Sumber: Bernama