Penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertama.

Berita gembira itu dikongsikan Hetty di akaun Instagram miliknya serentak dengan keterujaan menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Daniel Oakes.

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan keempat minggu hadapan.

“Dan apa yang paling teruja untuk ulang tahun perkahwinan kali ini, kami ingin berkongsi berita gembira iaitu kami bakal menimang cahaya mata pertama,” katanya.

Hetty yang juga bintang Gegar Vaganza musim kelima itu berkongsi foto dirinya dan suami.

Menerusi foto tersebut, mereka memegang papan tanda yang memberi bayangan anak mereka akan dilahirkan pada Januari 2021.

Sepanjang kehamilannya, Hetty akui dia alami beberapa simptom yang memerlukan untuknya berehat.

“Ini sebab saya agak senyap sedikit. Saya terpaksa berdepan dengan sakit pening, mood swings, ulang alik ke tandas, tidur sebentar dan macam-macam lagi.

“Saya akan ambil nasihat orang lama supaya minta saya berehat dan tidur secukupnya sebelum cahaya mata kami dilahirkan.

“Keajaiban itu ambil masa,” katanya.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

We are celebrating our 4th anniversary next week⁣⁣ ⁣⁣ And to make it all exciting for us this anniversary, we would like to share our wonderful news that we are expecting our first child! This explains me being quiet for Abit. Dealing with all the nausea, dizziness, mood swings, toilet trips, power naps and (WHAT NOT!) ⁣⁣ ⁣⁣ I will heed the good old advice to rest and sleep as much now before little oakes arrives! ⁣⁣ ⁣⁣ Even miracle takes a little time. ⁣❤️⁣ ⁣⁣ #lockdownbaby⁣⁣ #miraclebaby⁣⁣ #bunintheoven ⁣ ⁣ #ourpregnancyjourney⁣⁣ #momentslikethis ⁣⁣ #littleoakes ⁣ #pregnancyannouncement

A post shared by HETTY SARLENE OAKES (@hettysarlene_oakes) on