Penyanyi Indah Ruhaila menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 bersama suami, Ahmad Shariff Taufik pada 24 Disember lalu.

Bersempena dengan hari penuh bermakna itu, Indah atau sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 35, menulis sebuah ucapan istimewa buat suami tercinta.

“Dah 5 tahun dah sayang. Alhamdulillah untuk semua yang kita hargai bersama, ketawa, menangis, bertengkar, dan cuba menjadi orang yang lebih baik.

“Saya sangat bersyukur mempunyai awak dalam hidup saya. Kasih sayang dan perhatian awak telah menjadikan saya kuat dan memenuhi hati saya dengan keberanian.

“InsyaAllah, perjalanan dan pengembaraan yang lebih indah akan kita lalui bersama, sayang. Jom tua sama-sama ok, Love you so much!” tulisnya.

Indah berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

A post shared by #INDAH (@indahruhaila)

Dalam pada itu, apa yang mencuri perhatian apabila Indah turut berkongsi sekeping gambar di Instagram Stories yang memperlihatkan saat pertama kali Shariff datang ke rumah ibu bapa pelantun lagu Pudar itu di Johor.

“Masa ini orang itu (Shariff) pertama kali datang rumah mak ayah saya dekat Johor. Dia cakap nak kahwin dengan anak mak cik pak cik. Lepas tiga bulan terus nikah, haha,” kongsinya.

Untuk rekod, Indah dan Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. Shariff merupakan seorang ahli perniagaan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.