HIBURAN
Sambut ‘Birthday’ Bersama, Anak Sulung Fizo Omar Siap Beli Hadiah Untuk Adik-Adik - “Maryam Bagus, Dia PIlih Sendiri…”
Pelakon Fizo Omar memuat naik video memperlihatkan anaknya, Wan Maryam turut menyambut ulang tahun adik-adiknya sekaligus menunjukkan puteri sulungnya itu tidak lagi merajuk seperti yang dikatakan sebelum ini.
Beli hadiah
Menerusi perkongsian itu, Maryam kelihatan sangat mesra dengan adik-adiknya.
Malah sebelum ini juga, ibu kepada Maryam iaitu usahawan Mawar Karim menegaskan anak sulungnya bersama Fizo itu amat menyayangi adik-adiknya.
Menerusi sesi live di TikTok, pemilik nama Mawar Abdul Karim itu memberitahu Maryam teruja untuk bertemu dengan adik-adiknya, malah memilih sendiri hadiah buat mereka.
“Siapa kata Maryam tak suka? Maryam suka, dia siap beli hadiah untuk adik-adik dia. Maryam bagus, dia pilih sendiri hadiah untuk adik-adiknya,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Mawar turut menjelaskan perasaan cemburu yang ada dalam diri seorang anak merupakan perkara biasa terutama apabila mereka mempunyai adik-beradik yang ramai.
Adik-beradik
“Jangan ambil serius, chill sahaja. Normal la budak-budak. Kita pun kalau ramai adik-beradik mesti bergaduh juga, biasalah,” ujarnya.
Rata-rata netizen menyokong kenyataan Mawar dan memuji cara dia menjawab persoalan dengan sangat tenang.
ARTIKEL BERKAITAN: “Maryam Tengok Macam Daddy Tak Sayang…” - Luahan Anak Sulung Fizo Omar Buat Netizen Sebak
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Selamat Bersalin, Fizo Omar Luah Rasa Syukur - “Saya Sambut Kelahiran Dengan Tarik Sendiri Baby Keluar Dari Rahim Ibunya…”
Dalam masa yang sama, mereka turut memahami perasaan kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang merupakan anak sulung di dalam keluarganya.
Sebelum ini, Maryam mendedahkan dirinya kurang mendapat perhatian daripada Fizo selepas bapanya itu dikurniakan tiga cahaya mata lain hasil daripada perkahwinan dengan ibu tirinya, Fazeera.
Untuk info, Maryam adalah anak pertama daripada hasil perkahwinan terdahulu Fizo bersama usahawan, Mawar Karim.
Perkahwinan yang terbina pada tahun 2013 itu terlerai selepas Fizo dan Mawar sah bercerai pada 2019.
Fizo kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun dan seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan seminggu yang lalu.