Pelakon Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun anak lelakinya, Mohamad Eidrees yang kedua bersama anak-anak yatim dan asnaf di Rumah Anak-Anak Yatim Nur Qaseh.

Menerusi laman sosial Instagram, Anzalna berkongsi beberapa buah video sambutan ulang tahun yang dilakukan secara maya itu untuk tatapan umum.

“Sambutan hari jadi Eidrees. Tahun ni menyambut birthday Eidress bersama anak-anak yatim/asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.

“Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros di atas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)


Menerusi perkongsian itu lagi, rumah anak-anak yatim tersebut meriah dihiasi dengan dekorasi ulang tahun seperti belon, topi, kek ulang tahun, aiskrim dan hidangan enak.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji tindakan Anzalna yang mengadakan majlis dalam suasana mematuhi SOP.

“Ni baru betul join melalui online demi kesihatan semua. Happy birthday Eidrees,” komen seorang wargamaya.

“Inisiatif yang bagus. Daripada ajak semua berkumpl, ada baiknya awak join secara online,” puji seorang wargamaya.

“Amalan yang baik. Semoga adik Eidrees dipanjangkan dan diberkati umurnya menjadi anak yang soleh,” doa seorang wargamaya.

“Masya-Allah parents yang bijak. Well done both dan semoga Eidrees membesar ikut jejak ibu bapanya,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, adore dengan Anzalna ni sejak ada Eidrees, moga terus beri manfaat,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 120,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.