Hiburan

Sambut Hari Jadi 11.11, Che Hafiz Simpan Dulu Hadiah Untuk Anak - "Nanti Time Jumpa Daddy Kasi Okey"

gempak
Amri Hassan
12/11/2020
11:15 MYT
Sponsor Banner
Sambut Hari Jadi 11.11, Che Hafiz Simpan Dulu Hadiah Untuk Anak - "Nanti Time Jumpa Daddy Kasi Okey"
Bekas suami kepada penyanyi Lufya, Dr. Che Hafiz terpaksa menyimpan hadiah yang dibelikan sempena hari jadi anak perempuannya, Laana Haura.
Kongsi Che Hafiz, anak perempuannya itu meraikan hari jadi ketiga pada tarikh istimewa 11 November (Rabu) dan akan memberikan hadiah terbabit sejurus dapat bertemu dengan Haura kelak.
"11/11 bukan pasal promosi dekat e-dagang tetapi yang lebih bermakna buat diriku adalah tarikh hari lahir anakku Laana Haura genap masuk tiga tahun harini. ( 3 series juga mcm bapak dia ).
"Happy birthday my love! Tak kisahlah apa orang nak kata pun janji daddy sentiasa ingat dekat Haura dan Allah tahu keihklasan hati daddy macam mana.
"Apa-apapun daddy sentiasa doakan yang baik-baik je buat Haura. Setiap apa sahaja kejayaan yang daddy capai ini semuanya adalah untuk Haura selain untuk ibu bapa daddy.
"Sejak lahirnya kamu ke dunia ini sebenarnya telah membuatkan daddy tiada alasan lagi untuk berputus asa daripada terus berjuang dalam hidup ni sampai ke penghujungnya.
"Akhir sekali hadiah daddy beli ni daddy simpan dulu nanti time jumpa daddy kasi okey," katanya.
A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on
Pada masa sama, Lufya turut melayangkan ucapan sempena hari ulangtahun kelahiran ketiga anaknya itu.
"Walauapapun yang terjadi antara kami Haura kena jadi anak yang kuat, baik dan hormat pada mummy & daddy.
"Maafkan kami kerana tidak dapat melengkapkan kehidupan Haura di dunia ni.
"Tidak ada sesiapa pun di dunia ini boleh menidakkan takdir Allah. Mummy akan buat yang terbaik dan korbankan apa yang mummy boleh lakukan demi kebaikkan dan kebahagiaan Haura," tulis Lufya pula.
1jam lagi... Tarikh 11.11 Laana Haura di turunkan dari syurga untuk menemui penjaga yang diamanahkannya di dunia ini. Kehadiran Haura memberi penghidupan baru yang bahagia buat mummy. Tak pernah mummy sangka akan menatap wajah anak yang selalu ceria. Haura jadilah anak yang baik dan sentiasa mendoakan kedua orang tuanya. Walauapapun yang terjadi antara kami Haura kene jadi anak yang kuat, baik dan hormat pada mummy & daddy. Maafkan kami kerana tidak dapat melengkapkan kehidupan Haura di dunia ni. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini boleh menidakkan takdir Allah. Mummy akan buat yang terbaik dan korbankan apa yang mummy boleh lakukan demi kebaikkan dan kebahagiaan Haura. Terima kasih kerana sering buat mummy ketawa besar dengan gelagat Haura. Terima kasih kerana Haura buat mummy jadi kuat. Mummy doakan Haura jadi seorang wanita yang hebat. Orang tuamu tidak pernah menginginkan kamu menjadi seperti mereka tapi mereka ingin kamu menjadi lebih baik dari mereka. Jangan pernah mengeluh kepada Tuhanmu, sesungguhnya apa yang Tuhanmu kehendaki itu yang terbaik untukmu. Teruslah membesar menjadi seorang anak yang hebat. Mummy yakin Haura akan membuat ramai orang bahagia, sayang dan menghormati Haura. Doa mummy untuk anak kebanggaan mummy, satu-satunya alasan kita untuk hadir di dunia ini adalah untuk menjadi saksi atas keesaan Allah. Dalam keadaan apapun tetaplah berpegang pada agama insyallah Haura akan selamat dunia dan akhirat. Mummy loves u so much. Happy Birthday Sayang. . #laanahaura #hauraturns3
A post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live