Sambut Hari Jadi Ke 33, Fasha Sandha Cantik Macam Princess

Mya Amri
Mac 29, 2017 08:06 MYT
Pelakon Fasha Sandha telah menyambut majlis hari jadinya yang ke-33 semalam.
Majlis yang bertemakan 'Disney Princess' itu dihadiri oleh rakan selebriti antaranya Faradhiya, Amalina, Rebecca Nur Al Islam, Datuk Aliff Syukri dan Datin Furyna.
Fasha yang menyarungkan busana Azura Couture dan memakai mahkota kepala membuatka Fasha kelihatan begitu cantik bagaikan seorang puteri.
Dalam pada itu, Fasha juga berkongsi nukilan mengenai hari jadinya di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
“I am Officially 33 and I am Incredible! Syukur, Syukur padaMu ya Allah, diatas usiaku, diatas kekuatan, kegemilangan yang diberikan. Ku panjatkan kesyukuran kepadamu Ya Allah.
“Terima kasih dear followers yang tidak jemu hantar doa dan ucapan. Terima kasih. Tak dapat balas semua ucapan, insyaallah perlahan2 saya balas ya.
“Mama, terima kasih kerana mengandungkan Sha selama 9bulan, bersusah payah sendiri membesarkan kami.
“I may not always be a good daughter to you, but one thing for sure, I LOVE YOU. Number 1.
“Para sahabatku/otai Bosses, Thank You for the suprised birthday dinner semalam! Jahat! Jangan buat lagi! Tak suka!!!! Tak suka buat orang susah2 payah untuk kita. Kita malu... (malu tapi gembira).
"Terima kasih kerana menerima kebaikan dan kekuranganku.#fashasandhaturns33 @wlfs4eva ? @azreenzeen,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sekitar majlis tersebut:
Teks oleh: Mya Amri