Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sambut Hari Jadi Ke-28, Netizen Mahu Nabila Razali Tak Layan Haters & Cepat Kahwin!

Azwa Rahman 13/11/2020 | 09:10 MYT
Penyanyi Nabila Razali meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada hari ini, 13 November 2020.
Menerusi laman sosial Instagram, Nabila berkongsi foto makan malam bersempena hari jadinya untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, one year older and one year wiser. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan. #NRTurns28,” tulis Nabila sebagai kapsyen.

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali)

Menerusi perkongsian itu lagi, Nabila kelihatan tersenyum menerima hadiah berupa sejambak bunga dan belon serta potongan kek yang dihiasi lilin.
Hasil tinjauan Gempak, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan hari lahir serta doa buat pelantun lagu Peluang Kedua itu.
Malah, ada juga yang membuat spekulasi tentang bayang-bayang seperti seorang lelaki kelihatan secara pantulan di belon yang diterimanya.
Welcome to umur 28 kesayangan,” tulis seorang wargamaya.
Aaaa happy birthday si cantik. Sayang ketat-ketat,” komen seorang wargamaya.
28 pun tetap lawa awet muda,” puji seorang wargamaya.
Wowww, dengan sape bagi tu?” usik seorang wargamaya.
Happy birthday kak Bella, jangan layan haters and buat lagi kolaborasi dengan MK,” luah seorang wargamaya.
Happy birthday Bella, cepat kahwin,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 91, 000 tanda suka dan 2,000 komen daripada warga Instagram.
#Nabila Razali #Peluang Kedua #Hari jadi selebriti
;