Penyanyi popular antarabangsa, Rita Ora tampil memohon maaf atas tindakannya menghadiri sebuah parti kecil untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 baru-baru ini.

Permohonan maaf itu ditulis Rita menerusi ruangan Instagram Story miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Rita, dia menyedari kesalahannya melanggar peraturan ketika orang ramai mengawal pergerakan dan penjarakan sosial untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

"Hello semua, saya telah menghadiri parti kecil dengan beberapa orang kawan untuk menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-30, keputusan untuk berbuat demikian dibuat dalam masa yang singkat dan kami telah melanggar peraturan lockdown dan menyangka ia akan baik-baik sahaja.

"Saya memohon maaf kerana melanggar peraturan dan saya sedar ia telah memberi risiko kepada orang lain, kami telah diberi garis panduan dan peraturan, saya sedar kesalahan dari tindakan saya dan akan mengambil tanggungjawab penuh terhadapnya.

"Saya rasa malu kerana orang ramai mengalami detik sukar menentang wabak ini, dan banyak pengorbanan yang dilakukan mereka dan beberapa perniagaan untuk menjamin keselamatan kita bersama, walaupun ini tidak membetulkan apa yang salah, saya dengan penuh rasa ikhlas ingin memohon maaf," tulisnya.



Rita menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 26 November lalu.

Empat hari lalu, Rita ada berkongsi beberapa foto bersama kek dan hadiah berupa bunga-bungaan ketika meraikan hari istimewanya itu.

A post shared by RITA ORA (@ritaora)