Sambut Hari Jadi Sendiri, Tiup Lilin Pacak Atas Burger Tepi Jalan! Netizen Tersentuh Lihat Momen 'Self Healing' Lelaki Ini...

Muhammad Firdaus
Januari 31, 2024 06:55 MYT
Baru-baru ini, hantaran seorang individu menyambut ulang tahun kelahiran secara berseorangan telah menyentuh emosi ramai warganet di TikTok.
Menerusi entri berdurasi 30 saat itu, lelaki tersebut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada dirinya sendiri sambil ditemani burger jalanan yang dihiasi seolah-olah kek hari jadi.
"Selamat hari jadi kepada diri sendiri, saya harap saya menjadi versi diri sendiri yang terbaik pada masa akan datang," tulis individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta mengambil peluang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada lelaki berkenaan.

BERITA TRENDING: Belikan Emas Untuk Sambut Hari Jadi Ibu, Abang Grab ini Buat Netizen Sebak - “Beruntungnya Masih Sempat Buat…

"Happy Birthday dik, kau ni buat orang nangis lah,"
"Selamat hari lahir untuk kamu yang kuat. Kami mak-mak di sini sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu, duhai anak. Tak kira siapa pun kamu,"
"Happy birthday nak, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki."
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 200,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka di TikTok.
Sumber: TikTok
#Viral #Netizen #Birthday #Sedih #Sebak