Pengacara majlis terkenal yang juga selebriti media sosial, Viviana Abdullah mencuri perhatian wargamaya apabila tampil segak dan macho bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-39.

Menerusi laman sosial Instagram, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud meluahkan penghargaan buat ibunya di atas sambutan yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu kota.

“Terima kasih mak @annpilus untuk sambutan ulang tahun kelahiran saya di Lemon Gardens, Hotel Shangri-La, KL,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut, Viviana mengenakan kemeja putih dan berkata mata di samping ibunya yang turut mengenakan rona sedondon.

A post shared by Viviana (@vivianaabdullah)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji wajah tampan Viviana yang sering tampil sebagai ‘wanita berloceng’ setiap kali menjadi pengacara majlis.

Tidak kurang juga ramai yang suka melihat ibunya yang kelihatan muda, cantik dan boleh dianggap sebagai kakaknya sendiri.

“Seriuslah hensemnya! Anyway happy birthday handsome,” komen seorang wargamaya.

“Tak boleh panggil Kak V. Kena panggil oppa,” ujar seorang wargamaya.

“Sekarang saya tahu di mana awak dapat baka rupa elok tu,” puji seorang wargamaya.

“Mak? Ingatkan kakak dan adiknya. Awesome!” tulis seorang wargamaya.

“Esok saya masuk meminang Kak V,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 15,000 tanda suka daripada wargamaya.