Sambut Hari Lahir Anak Sulung, Ini Ucapan Siti Sarah... Menyentuh Hati

Kamaruddin Razal
Disember 4, 2018 20:54 MYT
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang disambut semalam (4 Disember).
Sarah memuat naik sekeping fotonya bersama Uwais di laman Instagram miliknya bersama ucapan yang menyentuh jiwa.
"Kisah Uwais Al Qarni yang sangat taat pada ibunya dan segala doanya dimakbulkan Allah, wali Allah yang tidak dikenali di muka bumi tapi sangat terkenal dilangit.
"Ibu sangat mengaguminya sampaikan anak pertama ibu, diberi nama Uwais Al Qarni... Moga Wais terus menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai nyayian yang selalu dinyanyikan yang tak akan lekang dari bibirmu dan dirimu...
"Terus taat pada Allah, Rasul, ibu dan daddy... Menjadi manusia yang memberi manafaat pada orang lain, diberi kebaikan dunia akhirat... Happy birthday anak," tulis Sarah.
Di ruangan komen, rata-rata peminat Sarah turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Uwais dan mendoakan agar anak sulung Sarah membesar sebagai anak soleh.
Sarah dan pelawak Shuib Sepahtu mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Selain Uwais, Shuib dan Sarah turut mempunyai dua anak iaitu Dzakira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.
Foto: Instagram Sarah
#Penyanyi #Siti Sarah #Penyanyi