Sambut Hari Lahir Ke-23, Elfira Loy Terima 23 Kuntum Ros Dari Sufian Suhaimi

Kamaruddin Razal
Mac 8, 2017 13:21 MYT
Pelakon dan pengacara genit, Elfira Loy menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23 dari penyanyi Sufian Suhaimi.
Elfira memuat naik gambar Sufian yang menghantarkan jambangan bunga tersebut ke rumahnya menerusi kemaskini Insta Stories.
Menerusi laman Twitter milik Elfira pula, pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman ini mengucapkan terima kasih kepada Sufian atas pemberian tersebut.
Rata-rata peminat Sufian dan Elfira ‘mengusik’ hubungan rapat mereka dan mendoakan agar mereka benar-benar bercinta.
Sebelum ini, Elfira dan Sufian dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Namun begitu, Sufian memberikan penjelasan hubungan yang terjalin antara mereka hanya sekadar teman rapat.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Elfira Loy #Sufian Suhaimi