Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sedang mencari calon suami yang bersesuaian untuk dijodohkan dengan adik bongsunya, Farah Nadia Yaakob atau dikenali sebagai Bee.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazley memuat naik sebuah video bagi meraikan ulang tahun adiknya yang ke-25.

Di samping memberikan ucapan hari lahir, Fazley sebagai abang yang bertanggungjawab turut menyenaraikan kriteria-kriteria calon suami untuk adiknya.

“Happy birthday to my little sister. Saya sebagai abang sulung memegang tanggungjawab besar untuk menjadi wali dan sekaligus mencarikan jodoh yang bersesuaian untuk adik-adik saya semua.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


“Saya bagi diri saya enam bulan untuk carikan jodoh dia, dan enam bulan lagi untuk dia suai kenal dengan bakal jodoh dia.

“So here it goes. Yang berminat, you guys can DM me with a proper profile (suami orang stay away kalau taknak kena bakar dalam oven atau kena sekeh kepala dengan whisk oleh saya abang long dia) and yes, im serious,” tulis Fazley lagi.

Pada masa yang sama, pelantun lagu Asmara Ini itu turut memberikan butiran lanjut mengenai personaliti adiknya.

“This is about her, tinggi 170cm, qualifications: certificate in Cuisine from Le Cordon Bleu Malaysia dan Business Degree from Unitar.

“Suka bela kucing macam jaga anak sendiri, baking amazing cookies, almost a make-up expert, rajin menjaga dan sayang gila anak buah. Dia sangat penyayang, 25 years old today,” jelas Fazley lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Fazley mengusik adiknya dengan kapsyen mencari jodoh.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar Bee dikurniakan jodoh yang baik, hasil pencarian oleh abang longnya.